top of page

10 KESALAHAN PENIAGA ONLINE [PART 1]





[TAG IKLAN PADA FRIEND FB TANPA KEBENARAN!]


Kesilapan ini seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah melakukan iklan "terlarang" atau "tanpa kebenaran".


Mungkin anda adalah salah seorang yang selalu melakukan kesilapan ini betul kan??


Apa?? Tidak salah untuk 'Tag' rakan FB yang lain untuk kita sebarkan iklan??


Baiklah, cuba sekiranya anda berada di situasi dimana ramai yang 'tag' kepada FB personal anda, adakah anda akan berasa 'selesa' dengan tindakan rakan fb anda tersebut?? Sudah tentu anda akan merasa 'mual' dengan tindakan friend anda dan mungkin anda akan bertindak untuk 'unfriend' friend anda tersebut?? Betul kan?? Situasi ini biasa berlaku dan saya pun turut merasainya.


Jadi, elakkan dari mengulangi kesilapan 1 ini iaitu jangan tag rakan FB tanpa kebenaran!




[UPDATE STATUS IKLAN DI FB TIDAK SESUAI PADA MASANYA!]


Kesilapan 2 yang seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah update status iklan di FB tidak sesuai pada masanya!


Mungkin anda adalah salah seorang usahawan yang begitu 'aktif' update status di FB tidak mengira masa...betul ke?? Kalau betul, saya tak kata salah dan itu adalah 'hak ' dan 'kemampuan' anda untuk sentiasa 'aktif' dan ingin dikenali.


Cuma mungkin saya hanya memberikan gambaran kepada anda bahawa setiap pemilik akaun FB mempunyai 'gaya' atau 'trend' kehidupan seharian.


Mudah untuk difahami, setiap daripada kita mempunyai 'emosi' atau 'mood' dan ia akan memberikan kesan kepada setiap aktiviti dan keputusan. Sekiranya anda update status bertepatan masanya, pasti anda akan mendapat 'sales dan perniagaan anda akan menjadi 'huru-hara' dek kerana tidak sempat melayan 'tempahan' pelanggan.


Gambar di bawah menunjuk contoh statistik likers di FB page yang aktif pada waktu yang tertentu


Statistik ini di ambil dari sebuah FB page (bulan ramadan)

Berdasarkan data ini, likers ramai online FB pada pukul 11 PM. Oleh itu, digalakkan untuk update status 30 minit sebelum pukul 11 PM untuk mendapatkan nilai 'reach' yang tinggi.


Jadi, pastikan anda mengkaji terlebih dahulu masa untuk update status agar ia bertepatan dengan 'sasaran' dan anda boleh sentiasa tersenyum menguruskan tempahan daripada pelanggan!.




[TERLALU MENONJOL DALAM POLITIK SEBELAH PIHAK (SAMADA KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG)


Kesilapan yang ke 3 ini seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah terlalu menonjol dalam politik sebelah pihak (samada kerajaan atau pembangkang).


Anda sebelah pihak kerajaan/pembangkang?? Opss, itu adalah hak 'privacy' seseorang dan tidak selayaknya saya tahu anda di belah mana.


Namun, sedarkah anda, friend FB anda mempunyai 'fahaman' politik yang berbeza-beza?? atau anda mempunyai friend yang 'sama' fahaman politik mereka dengan anda??


Sekadar perkongsian, sekiranya anda ingin meluaskan 'pemasaran' produk/servis anda, dan produk yang anda jual boleh dimiliki oleh semua jenis fahaman politik, anda perlu berwatak 'natural' dalam setiap post di FB anda agar anda tidak akan 'kehilangan' pelanggan berpotensi.





[MALAS UNTUK KONGSIKAN TIPS-TIPS BERGUNA KEPADA RAKAN FB]


Kesilapan 4 yang seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah malas untuk kongsikan tips-tips berguna kepada rakan FB.


Satu perkara yang perlu anda 'tahu' dan 'sedar' bagaimana untuk 'mempengaruhi' rakan-rakan FB adalah dengan cara perbanyakkan perkongsian tips-tips yang berguna atau perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada rakan FB anda!


Mungkin kita akan katakan,.." saya dah selalu share dan update status di FB..", namun sedarkah anda daripada 10 post yang anda lakukan sehari, hampir 6-8 post yang anda lakukan 'tidak bermanfaat' kepada rakan FB anda?? Apa contohnya?? Contohnya postkan tentang 'gosip artis', 'kata-kata kejian bersifat peribadi', 'luahan cinta tak bertempat' dan pelbagai elemen-elemen negatif yang anda post di FB. Saya tak kata mungkin andalah orangnya...tetapi majoriti yang lakukan perkara ini.


Jadi, mulai sekarang, elakkan daripada update post tentang elemen-elemen negative dan perbanyakkan dengan berkongsi tips-tips atau perkara yang bermanfaat!.





[MALAS UNTUK UPDATE POST DI FB PAGE SEKURANG-KURANGNYA 5 POST SEHARI]


Kesilapan yang ke 5 yang seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah malas untuk update posti FB page sekurang-kurangnya 5 post sehari.


Anda telah miliki FB page untuk produk? Adakah anda tahu kenapa perlu untuk anda milik FB page produk? Mungkin anda lebih 'arif' daripada saya...saya sekadar berkongsi ILMU & PENGALAMAN yang ada agar dapat dimanfaatkan oleh anda semua.


Secara umumnya, FB page terlalu penting untuk produk anda kerana ianya sebagai medium alternatif kepada rakan-rakan FB anda untuk mengetahui 'apa' yang anda 'jual' dan info-info berkenaan produk yang anda pasarkan.


Persoalannya, kenapa anda perlu update post di FB page anda sekurang-kurangnya 5 post sehari?? Jawapannya agar FB page anda 'berinformasi' dan sentiasa 'update' agar rakan-rakan yang like FB page anda merasai 'kewujudan' produk anda dipasarkan! Mudah kan?


Jadi, mulai sekarang. 'rajinkan diri' untuk sentiasa update post FB page anda sekurang-kurangnya 5 post sehari!.


Contoh FB page Coach Usahawan Spa Bergerak










Nak baca kesalahan yang ke 6 dan seterusnya?.


Tekan Link di bawah ini


10 KESALAHAN PENIAGA ONLINE PART 2

59 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page