10 KESALAHAN PERNIAGA ONLIINE [PART 2]


[STATUS UPDATE DI FB LEBIH BANYAK PERKONGSIAN PERSONAL]
Kesilapan 6 yang seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah status update di FB lebih banyak perkongsian personal.
Sebelum saya mengulas kesilapan 6 ini, saya nak tanya kepada anda semua, apakah tujuan/niat anda berfacebook?? Mungkin soalan ini agak 'aneh' tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Mungkin anda akan menjawab 'Sekadar isi masa lapang..'..'Nak cari kawan lama..'..'Nak cari teman..' dan pelbagai jawapan yang bersifat 'personal'
Walau apa pun jawapan anda, saya tidak katakan salah atau perlu hentikan tindakan tersebut.
Apa yang saya ingin katakan..sekiranya anda ingin bergelar sebagai Internet Marketer yang berjaya, mulakan langkah untuk update status di FB lebih fokus kepada 'bidang' bisnes yang anda ceburi...dan perkongsian bersifat personal hanyalah 'sambilan' dan bukan yang utama!.
Jadi, perbanyakkan update status di FB dengan perkongsian-perkongsian yang mampu membina kredibiliti anda dalam bisnes yang anda ceburi.

[MASIH 'MALU-MALU' UNTUK BRANDING DIRI BERKAITAN BISNES YANG DICEBURI]
Kesilapan yang ke 7 seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah masih 'malu-malu' untuk branding diri berkaitan bisnes yang diceburi.
Malu?? Kenapa perlu malu?? Memang tak salah malu bertempat, tapi sekiranya dalam dunia bisnes, tiada perkataan 'malu' selagi mana kita tidak melakukan perkara-perkara yang salah!.
Sepanjang pengalaman saya membuat Personal Coaching kepada beberapa New Internet Marketer, kebanyakkan daripada mereka terlalu 'takut' untuk menampilkan imej 'profesional' kepada friend FB mereka...kata mereka,"...takut nanti 'over' sangat'..." Apa?? Over sangat?? Anda bukan melakukan aksi yang 'memalukan' diri sendiri seperti yang telah banyak dipaparkan dalam Youtube hari ini...tetapi anda sedang menunjukkan kredibiliti anda sebagai seorang yang pakar dan profesional dalam bidang anda! Jadi biar malu bertempat!
Jadi, mulai sekarang, mulakan untuk branding diri kepada rakan-rakan FB anda agar semua pelanggan anda bertambah yakin dengan produk yang anda pasarkan!

[TIDAK RAMAI FRIEND FB]
Kesilapan yang ke 8 seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah tidak ramai friend FB!.
Adakah menjadi satu kesalahan bila tidak ramai friend FB? Jawapan saya, YA!! Kenapa??
Baiklah, sebelum menjawap persoalan tersebut, saya nak bertanya, adakah anda seorang yang memilih kawan?? Sekiranya ya, soalan yang kedua, adakah anda seorang yang memilih pelanggan??
Saya tak katakan kesilapan anda bila friend anda terlalu sikit/terhad...cuma saya boleh katakan, peluang pemasaran produk anda juga terhad!
Satu ruangan yang 'percuma' dan 'mudah' untuk kita luaskan jaringan perniagaan adalah di ruangan FB. Saya katakan 'rugi' sekiranya kita tidak memanfaatkan ruangan yang telah sedia ada untuk meluaskan rangkaian perniagaan kita!
Jadi, mulai sekarang, tambahkan friend di FB anda agar rangkaian pemasaran anda akan lebih meluas!.
[TIDAK 'VARIASI' UNTUK UPDATE POST DI FB]
Kesilapan yang ke 9 seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah tidak 'variasi' untuk update post di FB!
Apa maksud 'variasi'? Variasi bermaksud 'kepelbagaian' dan dalam kes ini, apa yang saya ingin sampaikan ialah, anda perlu 'mempelbagaikan' update post di FB anda!
Bagaimana? Apa yang perlu anda lakukan??
Mudah sahaja, mungkin selama ini anda hanya update post berkaitan diri anda...selepas ini anda boleh update post berkaitan 'isu semasa'..mungkin juga unsur-unsur 'humor'..atau mungkin juga unsur-unsur 'nasihat' dan pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi meningkatkan kredibiliti anda di FB!
Apa..susah?? Mudah sahaja bagi saya...hendak seribu daya, taknak...takpe!.
Jadi, mulai sekarang, anda perlu 'variasi' kan update post di FB agar lebih ramai followers dan seterusnya membantu anda meningkatkan jualan secara online!.

['KEDEKUT' UNTUK LIKE ATAU KOMEN POST FRIEND LAIN!]
Kesilapan yang ke 10 ini seringkali dilakukan oleh New Internet Marketer ialah 'kedekut' untuk like atau komen post friend lain!
Untuk memahami kenapa saya katakan mengenai kesilapan ini, saya ingin bertanya..apa perasaan anda sekiranya rakan friend like and komen update post yang anda lakukan?? Tentu anda akan berasa gembira dan ingin tahu siapa yang like dan komen status anda?? betul??
Begitu juga dengan rakan-rakan friend FB yang lain, sekiranya anda ingin ramai yang like dan komen status update di FB, maka jangan bersikap 'kedekut' untuk like dan komen status rakan FB yang lain!
Saya teringat satu kata-kata yang begitu jelas maksudnya, "What U give, U Get Back..!"..maksudnya, apa yang kita berikan, pasti kita akan mendapat kembali..sekiranya anda like dan komen status friend, satu hari mereka juga akan like dan komen status anda!
Jadi, mulai sekarang. 'ringankan jari' untuk like dan komen status FB friend anda...pasti satu hari mereka juga akan like dan komen status FB anda.