ANDA BERNIAGA DI FACEBOOK ??

Hai Readers...ok hari ini saya berkongsi sedikit info2 dan pengalaman berniaga di facebook page. Apa yang perlu kita lakukan adalah tetapkan
matlamat dan strategi yang jelas
Apa matlamat anda dan apa yang anda mahukan di FB? Adakah anda mahu:
Mencipta jenama/product awareness?
Membina komuniti sendiri?
Menunjukkan kepakaran dalam bidang anda?
Mendidik orang sekeliling tentang produk anda?
Orang ramai sentiasa ingat akan produk anda?
Menambahkan jaringan prospek?
Menarik audiens ke laman web anda?
Mencari ejen/stokis/pelabur/rakan kongsi?
Menjadikan tempat untuk khidmat pelanggan?
Meningkatkan jualan?
Siapa kumpulan sasaran prospek yang anda mahukan?
Anda harus tahu kumpulan sasaran anda di FB. Lebih banyak ciri-ciri mereka yang ada tahu (interest) lebih senang anda menyusun strategi untuk mendapatkan mereka.
Bagaimana anda mahu mencapai matlamat anda menggunakan FB?
Cari strategi terbaik dengan memerhati dan mengkaji setiap perkara yang anda lakukan. Ulangi strategi yang berjaya dan perbaiki strategi yang gagal. Strategi adalah berbeza bergantung kepada matlamat anda.
Contohnya, kedai kopi memutuskan untuk menambah jualan melalui FB sebanyak 10% dalam tempoh enam bulan. Antara strategi yang kedai tersebut boleh gunakan ialah:
Buat posting setiap pagi mengenai menu istimewa hari tersebut dengan memberi kod kupon supaya jualan dari FB boleh dijejak.
Post gambar pelanggang-pelanggang bertuah anda setiap hari dan tag FB mereka.
Galakkan para pelanggang post gambar mereka sendiri di kedai anda sambil menikmati kopi dan kemudian tag FB anda
Tukar nama username FB
Cipta URL khas untuk page FB anda. Ini akan memudahkan pelanggan mencari anda di FB dengan menaip www.facebook.com/<namakedaianda>

Untuk menukarkan username anda follow tutorial dibawah;
Masuk ke laman utama page anda
Tekan tab "About" di sebelah kiri anda.

3. Ubah/kemaskini usernama FB page anda

URL FB page adalah sangat penting untuk SEO di Google dan FB. Sekiranya URL anda hanya mengandungi nombor di hujungnya (default), jenama anda tidak akan keluar jika pelanggan menaip nama kedai anda untuk dicari. Jenama atau kedai anda juga kelihatan tidak profesional sekiranya anda tidak menggunakan URL yang diubah suai khas untuk FB anda.
Untuk mengubah URL, pastikan jumlah 'likes' page FB anda telah mencecah 25 org.
.
.
.