Cara Jimat Hilangkan "Mata Panda" secara DIY

Hi readerss..welcome back to my blog. So hari ini sha nak kongsi skit tentang masalah yang selalu wanita alami iaitu "PANDA EYE" atau nak senang faham eye bag/dark circle.
KENAPA "PANDA EYE" NIE BOLEH JADI?
Secara ringkas panda eye nie terjadi disebabkan
1.Keletihan
Tidur yang tidak mencukupi atau keletihan yang melampau. Kekurangan tidur menyebabkan kulit kusam dan pucat membuatkan tisu gelap dan saluran darah bawah mata akan menonjol.
2. Tekanan mata
Mata yang stress. Terlalu menonton skrin computer atau phone dalam jangka masa yang lama.
3. Genetik
Faktor keturunan dan genetik juga boleh jadi faktor terjadinya panda eye nie
4. Usia
Semakin usia meningkat keanjalan kulit semakin berkurangan. Kolagen semakin berkurangan
So untuk kali nie Sha nak kongsikan kelebihan menggunakan minyak kelapa (coconut oil) untuk mengurangkan panda eye.
Coconut oil boleh menjadikan kulit semakin smooth dan dapat menghalang kedutan dan garis-garis halus.

CARA-CARA GUNA COCONUT OIL UNTUK BUANG PANDA EYE.
Urut setiap hari menggunakan Coconut oil di bahagian bawah mata.
Boleh juga menggunakan warm coconut oil sebelum tidur. Sapu pada bahagian kelopak mata dan dibawah mata.
Ulang 2 hingga 3 kali selama berberapa bulan sehingga kesan panda eye semakin berkurangan.