top of page

KONSEP KOMUNITI DIGITAL

Dalam dunia media sosial, asas utama yang dikongsi oleh pelbagai media sosial tersebut adalah komuniti. Dalam dunia realiti, penglibatan seseorang individu dalam mana-mana komuniti adalah sangat terhad dan jumlah keahlian komuniti tersebut juga mungkin rendah.


Ini berbeza dalam dunia digital di mana seseorang individu boleh mewujudkan sebuah komuniti yang sangat besar yang meliputi:



Kenalan langsung:

Keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakanrakan sepejabat.


Kenalan tidak langsung:

Mereka yang mengenali kenalan langsung dan melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara online.


Bukan kenalan:

Mereka yang mengenali kenalan tidak langsung dan melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara online.



Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti dunia digital media sosial, anda hanya perlu klik pada profil individu atau komuniti yang ingin disertai dan kemungkinan besar, anda akan diterima sebagai ahli komuniti tersebut. Ini berbeza di alam nyata di mana anda harus berinteraksi secara langsung sebelum diterima menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut.


kewujudan multiplier effect di mana ahli komuniti menjadi semakin ramai akiba penambahan kenalan tidak langsung dan bukankenalan adalahdiantara penyebab utama bagaimana komuniti tertentu mudah berkembang.


Dengan wujudnya komuniti yang sangat besar keahliannya ini, seseorang individu itu mampu menggunakannya sebagai platform untuk memasarkan produk atau perkhidmatannya dengan lebih mudah kerana telah sedia wujud hubungan (tahap kepercayaan) di antara ahli-ahli komuniti dengan individu terbabit apabila mereka memilih untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti tersebut.




7 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page