top of page

Strategi dan Teknik Pemasaran Facebook

Mulakan dengan Like Marketing dulu.





Pembinaan jenama adalah wajib dalam pemasaran. Oleh sebab itu, iklan anda perlu kerap keluar berulang-kali (frequency tinggi) dengan kos yang rendah. Tetapi dengan syarat iklan itu mesti ditujukan kepada fans anda sahaja. Jadi adalah wajib untuk anda mulakan dulu dengan menambah fans (tarik LIKE) dahulu. Jika tidak iklan tidak akan keluar dengan kerap.


Nak tak nak, suka tak suka anda perlu buat iklan tarik Like dahulu! Pengalaman saya dan student-student saya kebanyakan bisnes mereka yang meletup adalah yang agresif dalam mengumpul like di fanpage mereka. Ini adalah langkah pertama yang andamestibuatdahulu jika tak nak 'bersedekah' pada facebook.


Anda kena kenalpasti siapa bakal pelanggan anda sebelum melakukan iklan tarik like ini. Jika di Facebook anda boleh gunakan fungsi yang dinamakan Audience Insight. Aspek yang anda perlu ambil kira dalam kajian audience adalah


  • Jantina

  • Umur

  • Lokasi

  • Status perkahwinan (Bujang/berkahwin)

  • Interest (fanpage pesaing anda)


Ingat! Dalam pemasaran jangan tamak! Bukan semua orang adalah pelanggan kita. Anda kena kenal pasti secara tepat siapa yangsepatutnyaandasasarkan (targetting). Barulah anda akan dapat hasil yang bagus terutamanya sales yang besar dengan kos pemasaran yang rendah. Ada student yang ikut formula ni hanya berbelanja RM30,000 dalam masa 6 bulan tetapi dapat capai jualan lebih RM6 juta untuk perniagaan umrah beliau.


Brand Awareness (Penjenamaan)


Anda ingat saya sebut manusia hanya beli produk yang mereka kenal sahaja. Jadi anda kena pastikan iklan anda keluar berulang-kali dalam sehari. Semua ini dapat dilakukan dengan cara


  • Placement iklan mesti berada di search bar facebook & facebook group feed.

  • Iklan disasarkan kepada fans sahaja.







Melalui pengalaman saya, masa terbaik untuk anda lakukan langkah adalah bila anda mencapai 3000 like. Jadi, sedaya upaya untuk keluarkan sedikit kos pelaburan untuk dapatkan 3000 like ni secepat mungkin dan terus konsisten mengumpul like selepas itu. Buat lah pemasaran secara agresif, anda takkan rugi malahan jualan anda akan meningkat dengan pantas.


Jika dalam pemasaran offline anda perlukan iklan seperti televisyen atau radio untuk iklan anda keluar berulang-kali dalam sehari. Kosnya memang tinggi! Tetapi dengan strategi iklan ni anda boleh dapat kos bawah RM0.01 untuk sekali iklan anda dipaparkan.



Strategi Jualan di Facebook


Sekarang selepas anda dah buat 2 langkah pemasaran iaitu like marketing dan brand awareness, anda boleh masuk ke langkah buat jualan. Sekarang ini fokus jualan banyak kepada placement mobile disebabkan bilangan pengguna smartphone semakin tinggi. Anda ada pilihan untuk letak segala info di fanpage anda atau anda bawa mereka ke minisite anda untuk proses jualan. Boleh juga jika anda nak cuba letak iklan desktop.

14 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page